with ABF Indah Shoppe Staff :D
Hai kawan ! fuh fuh fuh *tiup habuk* lama gila tak update blog ni. dah bersawang dah aku tengok. makin lama makin terbiaq. ingatkan bila dah habis sekolah , ada la masa nak update blog, nak edit blog apa semua. last last busy dengan keja pulak . sabo je lah. tapi kira okay la kan? busy keja pun still boleh travel merata lagi . kali ni aku travel pegi Hatyai and Songkhla dengan staff tempat keja aku . actually , trip kali ni bukan nak pegi buat apa pun . saja nak pergi jalan jalan ja . lagipun trip ni , bos yang nak bawak semua staff pegi . so , ada peluang... aku join je la kan ? ye lah , orang kata time muda mudi macam ni la nak berjalan . so , ada masa kita holiday puas puas .wee~


actually , ni first time aku travel luar negara . before ni kalau travel pun , habis jauh dalam Malaysia jugak. sekarang baru merasa travel oversea. acecece, kemain belagak !! oversea la kunun . padahai keluar sempadan sikit je . tapi kira oversea jugak la kan ? HAHA . bajet pi la sekali sekala. bukan selalu :P
aku bertolak pegi Thailand dalam pukul 9.30 pagi . sebenarnya feri kitorang pukul 9.00. tapi taktau macam mana , lambat pulak betolak . time tu memang excited gila arh . dalam kepala hotak memang tak ingat apa dah . yang aku ingat S H O P P I N G ! yang tu ja . HEHE , biasa lah . perempuan dengan shopping mana boleh pisah kan ? aku sampai sana dalam pukul 10.45 pagi . kira dalam pukul 9.45 waktu thailand la. kira time tu memang awal lagi la kan ? sampai je sana terus pergi check-in dekat hotel Yong Di . rehat rehat kejap. then terus keluar jalan jalan cari makan . serius , dekat sana makanan depa semua best best weh . sampaikan aku balik langkawi , terus boyfie aku perli aku.. dia kata badan makin naik. aiseyman... baru pegi 3 hari badan dah naik . kalau pegi sebulan agak agak badan boleh jadi macam belon dak ? HUHU , patut la kawan aku kalau pergi sana , balik langkawi mesti nampak 'ebooooom' sikit. aku kata kat orang, last lat aku pun jadi macam tu jugak .


kat sana , aku merasa jugak la naik 'tut tut'. lebih kurang teksi depa ja. cuma bayaran yang depa kenakan tak mahal . 20baht (bersamaan RM2) ja setiap orang . tak kira la tempat tu jauh ke dekat, harga still sama. serius, murah sangat berbanding teksi kita. teksi kita , mau jauh sikit ja.. siap la duit nak bayar lepas tu. sabo je lah =.='




then , hari ke dua pulak boss bawa kami semua pegi Songkhla . kat situ kitorang singgah dekat Samila Beach . serius kalau hampa tegok dia punya ombak.. memang seram . ombak dia lain macam kot . aku yang tengok pun dah seram . kalau mandi ? taktau nak habaq la. tapi kalau boss aku ajak mandi and berkelah kat situ pun aku tak mau . ombak dia kuat kot . menyeramkan . tapi view kat pantai tu memang cantik . macam amik gambaq dalam studio, letak background laut dekat belakang. tak caya tengok gambaq yang kat bawah ni.




lepas dah habis lepak dekat pantai tu . kami bertolak pergi hatyai balik . amik masa dalam sejam lebih jugak la. kat hatyai, tempat yang paling aku nak masuk mesti la tempat kat bawah ni . Hatyai Ice Dome . kat dalam ni , sejuk dia jangan cakap la . -15 darjah celsius kot . sampai beku kamera aku dibuatnya . padahal masuk kat dalam tu kejap je pun . tak sampai 30minit. keluar je dari tempat tu , kamera aku terus jadi berwap macam letak dalam peti ais semalaman . takut pun ada tengok camera jadi macam tu . ye lah, siap berair lagi. mau rosak tak pasai ja. tapi nasib la, lepas tu jadi okay balik. kalau dak, mau nangis aku kat situ tengok kamera rosak. HUHU









then hari ketiga , bermulalah sesi shopping sampai kering duit. aku pegi sana bawa 1 beg ja . balik langkawi tetiba beg aku beranak 1 pulak . waktu bila dia mengandung aku taktau la. HAHA. tapi serius , kalau korang pegi Hat Yai semata mata nak shopping.. better pergi night market depa . perghhhh , sakit kaki kot nak jalan sampai habis . member bos aku cakap , pasar malam tu ada 20 lorong . aku pegi malam tu , jalan 10 lorong pun tak sampai . penat sangat. last last balik macam tu ja. tapi serius, kalau nak shopping.. dekat situ best sebab banyak barang.. and murah. :)
tapi apa apa pun , trip kali ni best sebab dari aku tak rapat dengan staff tempat keja.. terus jadi rapat semacam . riuh bilik bila lepak sama sama . HUHU . lepas ni nak kumpul duit nak pergi Bali pulak. insyaALLAH kalau ada rezeki la. sebab bos dah pesan suruh kumpul duit.. nanti boleh pegi bali. harap harap menjadi la. AMIN. :D
tapi apa apa pun , trip kali ni best sebab dari aku tak rapat dengan staff tempat keja.. terus jadi rapat semacam . riuh bilik bila lepak sama sama . HUHU . lepas ni nak kumpul duit nak pergi Bali pulak. insyaALLAH kalau ada rezeki la. sebab bos dah pesan suruh kumpul duit.. nanti boleh pegi bali. harap harap menjadi la. AMIN. :D

wah best la dpt gi jejalan kan....:)
ReplyDeleteBestnyyyyyaaaaa dapat g hatyai. Barang murah gilerr kan. HEHEH
ReplyDelete@pinky_liscious
ReplyDeleteHEHE. tau takpa. best sangat, lagi lagi boleh prgi dengan kawan sekolah :D
@sarah mohamad
ReplyDeletetau takpa. murah sangat kalau nak banding dengan kita, harga 2 kali ganda. makanan pun sodap sodap :D